Friday 13 January 2012

Episod 2

Perjalanan hidup masih sama seperti selalu. Rutin harian ku jalani sama seperti orang lain cuma mungkin ada bezanya. Aku gemar melihat sekeliling tidak kira sama ada sesak, lapang, penuh kehijauan atau penuh dengan kekotoran buatan manusia. Setiap benda atau perkara itu kalau kita fikir dan terus berfikir pasti tersurat maksud yg tersirat. Mungkin nampak remeh tapi kesannya mungkin besar dan mampu memberi inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ya, secara tidak langsung kita telah merenggangkan urat-urat dan salur-salur di otak kerana mampu berfungsi dengan baik. Hari ini aku melihat semakin ramai yang berfikiran positif dan cuba menjadi yang lebih baik. Macam-macam cara telah ku lihat. Ada yang benar, ada yang hampir mendekati, ada yang sedikit tersasar dan tidak kurang juga yang salah memilih lorong. Sumber yang diperoleh berbeza dan cara pemahaman juga berbeza membuatkan tindak-tanduk menjadi tidak serupa. Namun, pujian harus diberikan kerana usaha nampak di depan mata dan paling penting bukan tohmahan atau kejian yang perlu dihidangkan andai ada salah dan silap. Bimbingan dan teguran itu lebih enak ditambah pula dengan rencah nasihat dan kata semangat. Itu lebih menyelerakan. Semoga apa yang dicari dapat ditemui, apa yang diingini dapat dimiliki dan apa yang kita doa setiap hari dimakbul Ilahi. Andai tidak memperoleh jangan rasa berputus asa. Teruskan langkah usaha untuk menjejaki kejayaan yang hakiki. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment