Wednesday 25 January 2012

Tiada jalan yang sempurna rata
Tiada daun yang gugur tanpa daya
Tiada hati yang tidak pernah terluka
Tiada ikatan yang tidak boleh dilepaskan

Sejauh mana mampu membawa diri
Itu adalah bara di dalam hati
Yang membakar jasad tanpa disedari

Semangat adalah arang yang membantu
Jangan biar arang itu hilang
Kelak padam ditengah jalan
Pasti sukar menyala semula

Namun itu bukan halangan
Setiap satu ada duanya
Jangan mudah tunduk menyerah
Nanti dihapus tanpa rela

Monday 23 January 2012

Dia adalah heroku...
Pembimbing ketika aku terumbang ambing,
Penceria ketika aku berduka,
Penceramah ketika aku lemah,
Penasihat ketika aku mencari matlamat,
Peneman ketika aku mecari jalan...

Dia adalah heroku...
Kacak dimataku,
Gagah dimataku,
Baik dihatiku,
Murni dihatiku,
Tulus dijiwaku,
Kasih dijiwaku...

Dia adalah heroku..
Walau segarang mana,
Walau sederhana mana,
Walau sesusah mana,
Walau tidak berharta...

Dia adalah heroku...
Dia adalah cinta hatiku..
Tidak ada yang serupa...
Tidak ada yang sama...

Dia adalah heroku....ABAH



Aya sayang abah,aya nk abah sihat seperti dulu. Doa sentiasa aya iringi untuk abah. Harap abah kuat dan tabah menghadapi dugaan kerana kami sentiasa disisi abah.
Jangan abah khuatir kerana kami sentiasa mengingati abah kerana jasa abah yang tidak terhingga..aya doa abah sembuh dengan segera..WE LOVE YOU SO MUCH!

Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada kedua ibubapaku...amin~(=_=)




Friday 13 January 2012

Episod 2

Perjalanan hidup masih sama seperti selalu. Rutin harian ku jalani sama seperti orang lain cuma mungkin ada bezanya. Aku gemar melihat sekeliling tidak kira sama ada sesak, lapang, penuh kehijauan atau penuh dengan kekotoran buatan manusia. Setiap benda atau perkara itu kalau kita fikir dan terus berfikir pasti tersurat maksud yg tersirat. Mungkin nampak remeh tapi kesannya mungkin besar dan mampu memberi inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ya, secara tidak langsung kita telah merenggangkan urat-urat dan salur-salur di otak kerana mampu berfungsi dengan baik. Hari ini aku melihat semakin ramai yang berfikiran positif dan cuba menjadi yang lebih baik. Macam-macam cara telah ku lihat. Ada yang benar, ada yang hampir mendekati, ada yang sedikit tersasar dan tidak kurang juga yang salah memilih lorong. Sumber yang diperoleh berbeza dan cara pemahaman juga berbeza membuatkan tindak-tanduk menjadi tidak serupa. Namun, pujian harus diberikan kerana usaha nampak di depan mata dan paling penting bukan tohmahan atau kejian yang perlu dihidangkan andai ada salah dan silap. Bimbingan dan teguran itu lebih enak ditambah pula dengan rencah nasihat dan kata semangat. Itu lebih menyelerakan. Semoga apa yang dicari dapat ditemui, apa yang diingini dapat dimiliki dan apa yang kita doa setiap hari dimakbul Ilahi. Andai tidak memperoleh jangan rasa berputus asa. Teruskan langkah usaha untuk menjejaki kejayaan yang hakiki. Wallahualam..

Sunday 8 January 2012

Episod 1


Saat malam melabuh tirai, masih kelihatan lautan manusia masih lagi membanjiri susur-susur jalan, pusat membeli belah dan tidak ketinggalan mereka yang mencari persinggahan untuk menjamu selera. Secara kasarnya, semakin malam melabuhkan gelapnya makin meriah tempat ini. Memerhati setiap gerak geri manusia ini membuatkan aku terfikir dan mula membuat andaian sendiri. Biasalah manusia suka membuat kesimpulan sendiri tanpa memerlukan sebarang kajian ataupun eksperimen. Hebatkan? Seketika aku berfikir kenapa aku menjadi salah seorang antara mereka? Apa sebenarnya yang aku ingin lakukan? Adakah sebenarnya mereka yang lain pun seperti aku yang sebenarnye tidak tahu tujuan sendiri? Ya, mungkin aku di sini adalah sekadar memeriahkan tempat ini. Sampai masa aku akan pulang tanpa apa-apa. Fikiran aku kosong ibarat minuman tin yang tiada airnya. Kalau ada pun mungkin hanya sisa. Tapi kadangkala tu keadaan seperti ini sebenarnya memberi ketenangan dalam hidup aku. Melihat gelagat dan ragam manusia memberikan kesempatan untuk aku mempelajari sesuatu darinya dan memberi ilham dalam kehidupan aku sendiri. Cuma aku sendiri yang perlu tahu menilai untuk aku jadikan garis panduan dan petunjuk dalam menongkah arus  aliran kehidupanku sendiri. Hanya seketika kemudian tanpa sedar kakiku mula mengorak langkah meninggalkan kelompok keriuhan manusia dan mula mencari ketenangan yang hakiki dari-Nya. Tentunya itu adalah yang sebaik-baik ketenangan yang dicari oleh setiap hati yang gundah, gelisah, resah dan bimbang. Ya Allah sesungguhnya aku hamba mu yg hina memohon keampunan dari-Mu dan hanya pada-Mu tempat aku meminta agar dipelihara hati ini dengan ketenangan dan jauhi dari sebarang ancaman yang menggoyahkan.Amin Ya Rabbalalamin.
salam semua...pemilik blog ni br je blek beryoko dr hong kong...seronok giler!! mmg syurga shopping la..kalo bnyk duit la hbs satu hk agaknye diborongnye...hihihi rs mcm nk berkarya je mlm ni dr baring saje xleh tdo kt atas katil ni..tp tgh mencari idea topik pe yg nk dikaryakan...topik cinta? hurm...cm jiwang je kan..hahaha...tp kan saikin tgk drama2 kt tv bnyk yg diadaptasi dr novel..kalo lah terer leh tulis novel kan..mslhnye ms xde sgtla nk muchuu tulis novel ni..tp kalo bleh x nkla novel cinta sebb asl novel je org imagine cinta..bosankan? ak trbyg gak kalo la novel2 karya ramli awang murshid didramakan mcm mne la rupenye ye..haish bnyk sgt dh merepek ni..benti kejap la cr ilham nk tulis karya pe..hikhikhik