Monday 7 November 2011

Lama sudah tidak menyemak di blog sendiri.Biasalah kalau dah mula kelas ni kemalasan nk update blog boleh meningkat hingga tahap 800% cewahh! mcm ゴムの伸び% plak..(kpd yg x phm tu google la eh)..hahaha
Sekarang ni dlm proses cuba2 nk menyibukkan diri.Nak g ambil ujian/test lesen kereta,jadi cikgu tuisyen(berdebar plak..pestime ni..huhu)...x lama lg exam pn dh nk tiba..btw minggu depan nk kena menari pulak...lepas menari ade exam plak ayoyo~~tp seronok kekadang kalau sibuk..rs mcm masa tu terisi je..xdela rasa boring n asyik buat status bosan je kan...hahahahaha...ok tu jela kot nk cerita...lebih2 tak dapatlah...hahaha..

ok salam sayang buat semua yg sudi menjenguk di blog ku in..(^_^)<3
jumpa lagi dgn hasil nukilan akan dtg~~insyaAllah..

Sunday 9 October 2011

Quote:
"you may love the wrong person,cry for the wrong reason but one thing is sure:mistakes help us to find the RIGHT person"

quote ini sesuai menjadi tema untuk aku skrg ni....i hope i will find my mr.Right..hahahaha...*jiwang sebentar* (^_^)

Yoooo..salam setia! (@_<)*love*
Ok..segalanya sudah selesai dan mencapai kata sepakat. Tiada secalit dendam atau pun geram. Harap semuanya mulai biasa seperti mula-mula bersua. Ada terkurang moga dimaafkan. Tiada yang sempurna di dunia fana ini. Hanya doa mampu dikirimkan sebagai teman mencari kebahagiaan. Andai ada yg tersirat simpan kemas jangan terlepas. Moga menemui apa yang dicari.

Alhamdullilah...dan salam setia.(^_^)y

Friday 7 October 2011

Kadangkala sesuatu itu tidak memerlukan penjelasan atau penerangan dari mulut. Tingkahlaku, perasaan, gaya, semua itu sudah cukup untuk menggambarkan yang sebenar. Mungkin ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Namun tanpa pengakuan sahih fitnah berleluasa, spekulasi menular, andaian meleset. Yang sebaiknya memberi kata putus yang jelas agar persoalan tidak lagi berkumandang, jiwa tidak lagi meradang, fikiran lebih bertenang. Jangan hilang bagaikan pengecut, tampil ke hadapan berani berdepan. Jernihkan yang keruh, bersihkan yang kotor biar pulih seperti biasa.

Tuesday 4 October 2011

Zahirnya sutera,lembut dan tenang...
Batinnya kerikil,selerak dan gundah...
Nampak indah tapi sukar...
Nilai tidak mampu dihitung...
Andai sabar diusung setia...
Biar angin,taufan,ribut,badai tiba menerjah....zahirnya terbang tenang tanpa terpisah..batinnya mulai tersusun wajar...nilai tetap begitu tiada siapa atau apa mampu mencalit hina..
Yang tinggal tetap sama...tiada kurang cuma berbeza.


Aku nk selitkan sekali lagu kisah dongeng dr stacy ngn liriknye...lagu,melodi n yg pntg liriknye mmg TERBAIK!!...sesuai utk kite hayati bersama...peace yooo..:))

 
LIRIK:
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja




Salam setia...(^_^)

Saturday 3 September 2011

Saat kau inginkan sesuatu kau buat seperti ia sangat berharga..sangat penting...sangat diperlukan...kau belai..kau beri kata2 manis...kau ambil berat...

 tapi....

tanpa tahu sebab dan punca...dr berharga menjadi tinggalan..penting menjadi terbiar...kalau kau masih setia..luahkanla kata2 itu jika tidak usah didera hati dan jiwa...

belajarla memahami perasaan org lain...

Saturday 21 May 2011

Sabar dalam Diam

Diam adakalanya lebih baik dari berkata-kata,
Tapi kadangkala diam itu menimbulkan fitnah dan syak wasangka,
Kita manusia diberi akal fikiran yang sangat istimewa,
Mampu membezakan yang harus diluahkan dengan bicara ataupun disimpan kemas dalam dada,
Jangan diseksa jiwa dan raga andai perlu bersuara,
Tapi usah dilepas tanpa berhemah,
Kelak timbul yang tidak diduga,
Sesungguhnya andai tidak tertampung dihati,
Hanya sabar yang mampu mengiringi,
Kerna itu lebih bererti,
Mendapat keberkatan dari Ilahi.....



Wednesday 18 May 2011

Susah Senang

Susah berkata
Senang mengata


Susah mengaku
Senang menipu


Susah menilai
Senang mengandai


Susah memberi
Senang menerima


Susah bertoleransi
Senang berkelahi


Susah tanya
Senang jawab