Sunday 17 October 2010

Erti Perasaan

Perasaan
sesuatu yang abstrak, sukar untuk difahami rupanya
sesuatu yang halimunan, sukar untuk dikesan jejaknya
sesuatu yang tersirat, sukar untuk ditafsirkan

Kekadang perasaan itu kuat
tapi tidak mampu bertahan 
terpaksa tunduk kalah pada kenyataan

Kekadang perasaan itu lemah
tapi mampu bertahan 
kerana sokongan dari sekeliling

Perasaan memang tidak boleh digambarkan kata-kata
mungkin boleh dengan reaksi atau perbuatan
tapi tetap tidak jelas
yang pasti jawapan kepada perasaan sememangnya tiada
yang ada semua kemungkinan
yang cuba direalisasikan
agar menjadi jawapan