Tarikh : 9 Oktober 2013
Masa : 9:30 ( kurang pasti )
Tempat : D'one Steak
Kejadian : Tidak pasti nak kata gembira, marah, sedih, suka ,lega...
Apa yang pasti ternyata aku rasa malu teramat. Satu perasaan
yang aku tidak pernah rasa sebelum ini. Bukan mahu salahkan sesiapa
tapi sememangnya itu kesalahan ku sendiri. Balasan untuk aku barangkali.
Mereka mempersoalkan tentang soal perasaan ku. Sememangnya aku terkedu
seketika untuk memberikan walaupun sepatah dua kata. Aku sendiri tidak pasti
kenapa aku rasa begitu sedangkan aku boleh sahaja memberi jawapan
yang tidak bermaksud apa-apa. Tapi sememangnya ada maksud tersirat.
Aku juga baru tersedar ketika itu yang apa yang terucap selama ini dibibir
bukanla sesuatu yang pura-pura tapi adalah kebenaran yang aku sendiri
rasa sukar untuk terima apatah lagi insan berkenaan.
Sememangnya rasa kasih dan sayang itu ada untuknya..cuma aku jenis yang
yang tidak reti menunjuk dalam erti sopan..aku sering kelihatan bermain-main yang
aku tidak sedar aku sememangnya mempermainkan perasaan sendiri.
Tapi ternyata aku memang perlukan dia...tidak pernah aku berasa begini walaupun
pernah berpunya. Aku tidak kisah apa pun keletahnya sebab aku rasa itu semua
membahagiakan.Bagi aku, aku sedia menerima dia seadanya. Tapi aku sedar aku tidak
layak untuknya. Dia terlalu baik. Aku harus sedar itu..aku perlu berusaha untuk hilangkan
rasa ini supaya aku tidak lemah akan datang. Itu adalah egoku. Walau apapun
berlaku aku rasa bersyukur dikurniakan rasa indah ini. Walau tiada jodoh, doa yang
terbaik untuknya.Sesungguhnya sesuatu pengalaman indah mengenali dirinya.
Aku sedang belajar untuk buang rasa ini walau aku tahu realitinya makin dibuang
makin datang. Ya Allah perkuatkan lah aku.