Saturday 25 December 2010

Semua orang tahu kesabaran itu penting tetapi tidak semua orang tahu kesabaran itu kadangkala boleh meletuskan kemarahan kerana kita sering lupa bahawa setiap kesabaran itu ada hadnya.Kita hanyalah manusia biasa yang kadangkala ada rasa amarahnya.Alangkah baiknya kesabaran kita seperti Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa bersabar dalam menyampaikan dakwah walaupun menerima pelbagai cabaran dari segi fizikal mahupun mental.Tapi kita?siapalah kita hendak dibandingkan ngan Nabi Muhammad S.A.W.Jauh sejauh jauhnya mengalahkan langit dan bumi perbezaannya.
Tetapi ada juga yang berfikir sampai bila kita mampu bersabar kalau kita sering menerima tekanan yang menggoyahkan kesabaran kita lebih-lebih lagi kalau kita menerima satu cabaran yang sangat hebat.Mampukah kita mengatasinya?Mampukah kita mengekalkan kesabaran?.
Tidak semua mampu bersabar,kerna kalau manusia itu mampu bersabar tidakla terjadi perkara-perkara yang sering kita terbaca di dalam akhbar-akhbar mengenai pembunuhan,kemalangan,buang bayi dan macam-macam lagi.Masyarakat kita hari ini makin lama makin hilang sifat bersabar dan tolenrasi antara satu sama lain,hilang budaya bermaaf-maafan dan masing-masing hanya mempertahankan ego masing-masing.
Marilah kita sama menilai diri masing-masing dan berfikir tergolong dimanakah kita?


Sekian,renungan untuk diriku dan semua.