Monday 8 February 2010

Nukilan 2

Orang selalu berkata penantian itu suatu penyiksaan tapi tidak pernah lagi dengar atau terbaca orang berkata pencarian itu suatu penderaan.
Persoalan yang acapkali timbul bila pencarian itu bermula, apa yang perlu dicari?kenapa perlu cari?apa faedahnya kita mencari?.
Pencarian yang menemukan kejayaan merupakan sesuatu yang paling berharga tetapi bagaimana pula andai pencarian menemui kebuntuan?.
Apabila kita menemui jalan mati, dua pilihan menjadi taruhan. Sama ada mahu berpatah semula ataupun meneroka mencari jalan baru. Namun, satu hakikat yang perlu kite bersedia untuk tempuh, kedua-duanya punya kelebihan dan juga keburukan. Saat ini apa yang penting ialah kekuatan emosi diri. Bila peroleh kelebihan kita suka, bila tiba giliran keburukan kita berduka.
Pilihan itu ada, semuanya di tangan kita.

No comments:

Post a Comment