Monday, 23 January 2012

Dia adalah heroku...
Pembimbing ketika aku terumbang ambing,
Penceria ketika aku berduka,
Penceramah ketika aku lemah,
Penasihat ketika aku mencari matlamat,
Peneman ketika aku mecari jalan...

Dia adalah heroku...
Kacak dimataku,
Gagah dimataku,
Baik dihatiku,
Murni dihatiku,
Tulus dijiwaku,
Kasih dijiwaku...

Dia adalah heroku..
Walau segarang mana,
Walau sederhana mana,
Walau sesusah mana,
Walau tidak berharta...

Dia adalah heroku...
Dia adalah cinta hatiku..
Tidak ada yang serupa...
Tidak ada yang sama...

Dia adalah heroku....ABAH



Aya sayang abah,aya nk abah sihat seperti dulu. Doa sentiasa aya iringi untuk abah. Harap abah kuat dan tabah menghadapi dugaan kerana kami sentiasa disisi abah.
Jangan abah khuatir kerana kami sentiasa mengingati abah kerana jasa abah yang tidak terhingga..aya doa abah sembuh dengan segera..WE LOVE YOU SO MUCH!

Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada kedua ibubapaku...amin~(=_=)




Friday, 13 January 2012

Episod 2

Perjalanan hidup masih sama seperti selalu. Rutin harian ku jalani sama seperti orang lain cuma mungkin ada bezanya. Aku gemar melihat sekeliling tidak kira sama ada sesak, lapang, penuh kehijauan atau penuh dengan kekotoran buatan manusia. Setiap benda atau perkara itu kalau kita fikir dan terus berfikir pasti tersurat maksud yg tersirat. Mungkin nampak remeh tapi kesannya mungkin besar dan mampu memberi inspirasi dan pengajaran dalam hidup. Ya, secara tidak langsung kita telah merenggangkan urat-urat dan salur-salur di otak kerana mampu berfungsi dengan baik. Hari ini aku melihat semakin ramai yang berfikiran positif dan cuba menjadi yang lebih baik. Macam-macam cara telah ku lihat. Ada yang benar, ada yang hampir mendekati, ada yang sedikit tersasar dan tidak kurang juga yang salah memilih lorong. Sumber yang diperoleh berbeza dan cara pemahaman juga berbeza membuatkan tindak-tanduk menjadi tidak serupa. Namun, pujian harus diberikan kerana usaha nampak di depan mata dan paling penting bukan tohmahan atau kejian yang perlu dihidangkan andai ada salah dan silap. Bimbingan dan teguran itu lebih enak ditambah pula dengan rencah nasihat dan kata semangat. Itu lebih menyelerakan. Semoga apa yang dicari dapat ditemui, apa yang diingini dapat dimiliki dan apa yang kita doa setiap hari dimakbul Ilahi. Andai tidak memperoleh jangan rasa berputus asa. Teruskan langkah usaha untuk menjejaki kejayaan yang hakiki. Wallahualam..

Sunday, 8 January 2012

Episod 1


Saat malam melabuh tirai, masih kelihatan lautan manusia masih lagi membanjiri susur-susur jalan, pusat membeli belah dan tidak ketinggalan mereka yang mencari persinggahan untuk menjamu selera. Secara kasarnya, semakin malam melabuhkan gelapnya makin meriah tempat ini. Memerhati setiap gerak geri manusia ini membuatkan aku terfikir dan mula membuat andaian sendiri. Biasalah manusia suka membuat kesimpulan sendiri tanpa memerlukan sebarang kajian ataupun eksperimen. Hebatkan? Seketika aku berfikir kenapa aku menjadi salah seorang antara mereka? Apa sebenarnya yang aku ingin lakukan? Adakah sebenarnya mereka yang lain pun seperti aku yang sebenarnye tidak tahu tujuan sendiri? Ya, mungkin aku di sini adalah sekadar memeriahkan tempat ini. Sampai masa aku akan pulang tanpa apa-apa. Fikiran aku kosong ibarat minuman tin yang tiada airnya. Kalau ada pun mungkin hanya sisa. Tapi kadangkala tu keadaan seperti ini sebenarnya memberi ketenangan dalam hidup aku. Melihat gelagat dan ragam manusia memberikan kesempatan untuk aku mempelajari sesuatu darinya dan memberi ilham dalam kehidupan aku sendiri. Cuma aku sendiri yang perlu tahu menilai untuk aku jadikan garis panduan dan petunjuk dalam menongkah arus  aliran kehidupanku sendiri. Hanya seketika kemudian tanpa sedar kakiku mula mengorak langkah meninggalkan kelompok keriuhan manusia dan mula mencari ketenangan yang hakiki dari-Nya. Tentunya itu adalah yang sebaik-baik ketenangan yang dicari oleh setiap hati yang gundah, gelisah, resah dan bimbang. Ya Allah sesungguhnya aku hamba mu yg hina memohon keampunan dari-Mu dan hanya pada-Mu tempat aku meminta agar dipelihara hati ini dengan ketenangan dan jauhi dari sebarang ancaman yang menggoyahkan.Amin Ya Rabbalalamin.
salam semua...pemilik blog ni br je blek beryoko dr hong kong...seronok giler!! mmg syurga shopping la..kalo bnyk duit la hbs satu hk agaknye diborongnye...hihihi rs mcm nk berkarya je mlm ni dr baring saje xleh tdo kt atas katil ni..tp tgh mencari idea topik pe yg nk dikaryakan...topik cinta? hurm...cm jiwang je kan..hahaha...tp kan saikin tgk drama2 kt tv bnyk yg diadaptasi dr novel..kalo lah terer leh tulis novel kan..mslhnye ms xde sgtla nk muchuu tulis novel ni..tp kalo bleh x nkla novel cinta sebb asl novel je org imagine cinta..bosankan? ak trbyg gak kalo la novel2 karya ramli awang murshid didramakan mcm mne la rupenye ye..haish bnyk sgt dh merepek ni..benti kejap la cr ilham nk tulis karya pe..hikhikhik

Monday, 7 November 2011

Lama sudah tidak menyemak di blog sendiri.Biasalah kalau dah mula kelas ni kemalasan nk update blog boleh meningkat hingga tahap 800% cewahh! mcm ゴムの伸び% plak..(kpd yg x phm tu google la eh)..hahaha
Sekarang ni dlm proses cuba2 nk menyibukkan diri.Nak g ambil ujian/test lesen kereta,jadi cikgu tuisyen(berdebar plak..pestime ni..huhu)...x lama lg exam pn dh nk tiba..btw minggu depan nk kena menari pulak...lepas menari ade exam plak ayoyo~~tp seronok kekadang kalau sibuk..rs mcm masa tu terisi je..xdela rasa boring n asyik buat status bosan je kan...hahahahaha...ok tu jela kot nk cerita...lebih2 tak dapatlah...hahaha..

ok salam sayang buat semua yg sudi menjenguk di blog ku in..(^_^)<3
jumpa lagi dgn hasil nukilan akan dtg~~insyaAllah..

Sunday, 9 October 2011

Quote:
"you may love the wrong person,cry for the wrong reason but one thing is sure:mistakes help us to find the RIGHT person"

quote ini sesuai menjadi tema untuk aku skrg ni....i hope i will find my mr.Right..hahahaha...*jiwang sebentar* (^_^)

Yoooo..salam setia! (@_<)*love*
Ok..segalanya sudah selesai dan mencapai kata sepakat. Tiada secalit dendam atau pun geram. Harap semuanya mulai biasa seperti mula-mula bersua. Ada terkurang moga dimaafkan. Tiada yang sempurna di dunia fana ini. Hanya doa mampu dikirimkan sebagai teman mencari kebahagiaan. Andai ada yg tersirat simpan kemas jangan terlepas. Moga menemui apa yang dicari.

Alhamdullilah...dan salam setia.(^_^)y